Powered By Blogger

Monday, 5 November 2012

Pisang oh Pisang

Tahukah Anda..???

Pisang yang sangat sesuai dimakan untuk menjaga kesihatan kita ialah pisang yang hujungnya masih terdapat warna hijau.
Apakah kebaikan yang ada pada pisang...???









  1. Apabila digigit nyamuk, gosokkan bahagian dalam kulit pisang pada tempat yang digigit.
  2. Pisang juga sangat sesuai untuk diberi pada bayi seawal tiga bulan sebagai makanan pejal kerana mudah dihadam.
  3. Darah tinggi dan strok- pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.
  4. Kolesterol - Pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendahkan kolesterol.
  5. Cirit birit - Potasium dan magnesiumyang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit birit.
  6. Anaemia - Anaemia ialah penyakit kurang darah. Pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.
  7. Kemurungan - Pisang mengandungi sejenis protein yang membantu kita menjadi tenang. orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang.
  8. Pening-pening - Cara paling cepat merawat pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu.
TAPI AWAS!!!!

Sungguhpun pisang memberi banyak manfaat kepada kita tetapi ia tidak sesuai bagi golongan yang menghidapi penyakit kencing manis kerana gula di dalam pisang adalah tinggi.






Friday, 21 September 2012

Pulihkan mata lesu


  First of all, korang penah x tgk cartoon ni......mesti ade yg penah kn....actly I ade bnda nk kongsi sbb tertarik sangat....dgn mata garfield yang kuyu...myb dye letih kot...haha..
Korang rasa kenapa mata kite lesu. Myb sbb selalu mgadap laptop....hehe...or study ?? xcukup tidur???? So kt sini I ade bnde nk di share kn....

TIP  PULIHKAN MATA LESU
  1. tegakkan kepala lurus ke hadapan. Arahkan pandangan mata ke atas kemudian lihat ke lantai. lakukan secara perlahan sebanyak 10 kali.
  2. Gerakkan bola mata ke kiri dan ke kanan seperti mahu melihat telinga. ulangi sebanyak 10 kali.
  3. Gerakkan bola mata ke atas dan tahan.Gerakkan ke kiri atas ke kanan atas. Ulangi sebanyak 10 kali.
  4. Gerakkan bola mata ke bawah dan tahan di bawah.Kemudian gerakkan bola mata ke kiri bawah dan ke kanan bawah. Ulangi sebanyak 10 kali.
  5. Gerakkan bola mata ke atas dan ke bawah di sudut-sudut berlawanan(selang seli). Ulangi sebanyak 10 kali.
  6. Gerakkan bola mata seperti pada gerakkan sebelumnyatetapi dari arah yang berlainan.
  7. Putar bola mata ke kiri mengikut arah jam sebanyak 10 kali. Kemudian ,putar bola mata ke kanan, berlawana dengan arah jam sebanyak 10 kali. Lakukan langkah tadi sebanyak 10 kali.
Haaaa!!! kan dah segar...selamat mencuba!!!!

-sumber dari majalah rapi