Powered By Blogger

Monday 5 November 2012

Pisang oh Pisang

Tahukah Anda..???

Pisang yang sangat sesuai dimakan untuk menjaga kesihatan kita ialah pisang yang hujungnya masih terdapat warna hijau.
Apakah kebaikan yang ada pada pisang...???









  1. Apabila digigit nyamuk, gosokkan bahagian dalam kulit pisang pada tempat yang digigit.
  2. Pisang juga sangat sesuai untuk diberi pada bayi seawal tiga bulan sebagai makanan pejal kerana mudah dihadam.
  3. Darah tinggi dan strok- pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.
  4. Kolesterol - Pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendahkan kolesterol.
  5. Cirit birit - Potasium dan magnesiumyang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit birit.
  6. Anaemia - Anaemia ialah penyakit kurang darah. Pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.
  7. Kemurungan - Pisang mengandungi sejenis protein yang membantu kita menjadi tenang. orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang.
  8. Pening-pening - Cara paling cepat merawat pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu.
TAPI AWAS!!!!

Sungguhpun pisang memberi banyak manfaat kepada kita tetapi ia tidak sesuai bagi golongan yang menghidapi penyakit kencing manis kerana gula di dalam pisang adalah tinggi.